Monday, December 24, 2012

Argghh! Interview!!




Jumaat ni ada open interview kat ipoh! argh! nebes nak mati.. pengalaman keje dah lah tak berapa banyak. Kenapa open interview??? tak boleh ke interview aku sorang je. Kepada calon2 yang laen, boleh dakk kalo hampa tak payah datang, n biarkan aku sorang je yang dapat keje tu?? boleh dak?? (^.^).. mesti diorang cakap, "Banyak cantik muka kau. kami pon nak keje jugak!" hehe. Ala..muka dah lah tengah luka. sebab gatai tangan sangat. pantang kalau ada jerawat. hah! kan dah berbekas. hehe! cadang nak pakai purdah la Jumaat nie. ('',). Oke. All the best sal! kau boleh! yeaaahhh!!!



Oke.ini bukan alasan aku nak dapat keje ye.
Gambar di atas hanya hiasan semata2.
<boleh percaya ke??boleh kann!!>

Continue Reading...

Thursday, December 20, 2012

Fakta

Perempuan akan sentiasa setia selagi tiada perkara yang menyakitkannya. Tetapi lelaki  hanya akan setia apabila perempuan tersebut hampir2 meninggalkannya atau kehilangannya. Lumrah hidup. Tapi macam mana pulak dengan perempuan yang merendahkan air muka nya untuk menarik perhatian lelaki? ini fakta perempuan zaman sekarang. Lihat kat sekeliling. Mesti akan wujud perempuan macam tu. Walaupun bukan semua mesti ada 1 daripada 10 kan? (^_^)

Gambar hanya sekadar hiasan

Continue Reading...

Back To Blog (^_^)



Dah lama aku x update blog nie.. tengah dok tunggu mesej dari Mr. A,tiba2 tergerak hati pulak nak update blog ni dan remove semua post2 yang lama. Aku nak tulis pasal macam mana boleh kapel dengan mamat yang bernama Mr.A nie. Oke.Masa dia mula2 masok SV (tempat keje lama aku), aku cukup tak berkenan dengan perangai dia. Dah la ari 1st  masok keje,dia boleh sesuka hati je tak datang. Kat tempat keje,memang aku tak berapa tegur dia sangat. Tapi dalam aku tak nak tegur  tu, banyak benda pulak aku kena ajar dia pasal keje. Dan yang membuat aku rapat dengan dia, sebab masa bulan puasa tu, dia ni jadi ‘penyebab’ kami tak puasa. Opsss! Hehe! Tu dulu la.. la ni tak buat dah oke.oke sambung balik. Makin lama aku dengan dia nie macam ada connection je. Ecece.. la..betol..ada sekali tu masa hari raya Aidilfitri 2011 , aku syif  petang, dia pulak syif pagi. So secara automatic sebelom dia habis kerja,aku kena sampai sebelom dia habis. Tup2.. baju kami sama warna pulak hari tu. Hah..nampak tak permainannya di situ..hehe.. Bos masa tu dah tengok kami berdua lain macam.. hah..sudah..boleh pulak bos pikir aku ngan dia nie kapel. Tapi aku wat dunno je. Macam tu gak ngan dia. Oke. Tu satu. Yang kedua pulak, kalau aku tengok jadual pulak..kalau dia malam aku pagi, dia petang aku pagi. Dia petang,aku petang. Boleh dikatakan kami akan bertembung setiap hari sebelom dia atau aku habis syif. So sementara nak tungu syif habis,tak kan aku tengok muka dia, dia tengok muka aku je kann??kan??kan!! so tak dinafikanlah kami ada menyembang jugak. Disebabkan hal nie, aku dengan dia banyak share cite. Cite apa?? Adalah..hehe.. dia banyak bagi nasihat kat aku.. ecece.. kononnya macam nasihat seorang abang kepada seorang adik la. Ermmhh! Padahal dia pon cakap tak serupa bikin! <awak, jangan marah naa..hehe> Dipendekkan cerita, ada satu pagi tu, dia syif malam,aku pulak syif pagi. So sementara tunggu dia habis syif, n masa tu pon hujan.. tengah kami dok potpetpotpet.. dia boleh pulak wat cerita yang dia dah kahwin. Siap ada anak seorang. Ceiihh..nak tipu budak2 tadika boleh la. Hehe. Aku tak percaya pon. Tapi wat2 percaya sebab masa tu pon aku tengah boring. Elok je dia balik, aku dapat emergency kol dari family. Aku teros balik dan tak pergi kerja  selama 3 minggu. Aku mintak berhenti  kat bos, tapi dia tak bagi. So dah habis cuti 3 minggu aku balik kerja kat sana. Semua berjalan macam biasa. Entah macam mana ada 1 hari ni aku, dia ngan staf2 lain dok makan kat café. Tak tau la timbul idea gila dari sorang member nie, dia suruh aku dengan Mr. A pura-pura kapel. Alasannya nak pekena staf café. Sudah.. mau semput jugak aku masa tu. Aku tak setuju. Tapi entah macam mana Mr. A boleh pulak bersetuju. Aissh! Tak tau la apa dalam kepala otak dia masa tu. Yang paling aku ingat, masa aku dengan dia lepak makan kat café,dia tanya aku, ada kemungkinan tak kami akan kapel betol2. Aku gelak and cakap takkan kapel punya sebab dia bukan jenis laki yang aku minat. Dan dia pon cakap dia tak akan suka perempuan yang kasaq macam aku nie.sebab dia suka perempuan yang jenis lemah lembut. Cakap slow2.Hehe..topik tu stop kat ctu je .Diringkaskan akhirnya aku dengan Mr. A ni berlakon jadi skandal kat SV tu. Yang aku tak boleh terima, tak tau kenapa semua staf boleh percaya hidup2 aku dengan dia nie kapel.Dari berlakon. Last2 jadi kapel sungguh. Yang aku pelik nye, kami tak pernah mesej atau kol nombor masing2. Aku takda nombor dia, dia pon tak ada nombor aku. Walaupun berlakon skandal sekalipun, kami tak pernah langsung contact. Sekali pon  tak. Entah macam mana aku boleh terima entah.Dia dapat nombor aku pon lepas 2 minggu kami kapel betol2. Pelik kan??Nak dijadikan cite ada la 2 3 bulan yang lepas aku suruh dia jawab jujur. Rupa-rupanya dia setuju skandal bagai tu, sebab dia memang ada hati kat aku dari awal2 lagi. Auuww.. rasa macam sweet pulak. Patutla dia ni suka over masa kami berlakon skandal tu. Konon tak suka perempuan yang kasar2. Last2 leh pulak syok kat aku kan..Hehe. Tapi apa2 pun aku bersyukur ada dia dan aku hargai sangat2 semua benda2 nie. Aku anggap semua ni jodoh bagi aku dan dia..Alhamdulillah walaupun hubungan kami masih baru lagi, baru setahun lebih, tapi kami dah paham sangat dengan perangai masing2. The End. Hehe. Habis da. Nak online Fb la. Bye2 blog! (^_^)

Continue Reading...
 

Sal Sharudin Copyright © 2009 Girlymagz is Designed by Bie Girl Vector by Ipietoon