Monday, December 24, 2012

Argghh! Interview!!




Jumaat ni ada open interview kat ipoh! argh! nebes nak mati.. pengalaman keje dah lah tak berapa banyak. Kenapa open interview??? tak boleh ke interview aku sorang je. Kepada calon2 yang laen, boleh dakk kalo hampa tak payah datang, n biarkan aku sorang je yang dapat keje tu?? boleh dak?? (^.^).. mesti diorang cakap, "Banyak cantik muka kau. kami pon nak keje jugak!" hehe. Ala..muka dah lah tengah luka. sebab gatai tangan sangat. pantang kalau ada jerawat. hah! kan dah berbekas. hehe! cadang nak pakai purdah la Jumaat nie. ('',). Oke. All the best sal! kau boleh! yeaaahhh!!!



Oke.ini bukan alasan aku nak dapat keje ye.
Gambar di atas hanya hiasan semata2.
<boleh percaya ke??boleh kann!!>

Continue Reading...

Thursday, December 20, 2012

Fakta

Perempuan akan sentiasa setia selagi tiada perkara yang menyakitkannya. Tetapi lelaki  hanya akan setia apabila perempuan tersebut hampir2 meninggalkannya atau kehilangannya. Lumrah hidup. Tapi macam mana pulak dengan perempuan yang merendahkan air muka nya untuk menarik perhatian lelaki? ini fakta perempuan zaman sekarang. Lihat kat sekeliling. Mesti akan wujud perempuan macam tu. Walaupun bukan semua mesti ada 1 daripada 10 kan? (^_^)

Gambar hanya sekadar hiasan

Continue Reading...

Back To Blog (^_^)



Dah lama aku x update blog nie.. tengah dok tunggu mesej dari Mr. A,tiba2 tergerak hati pulak nak update blog ni dan remove semua post2 yang lama. Aku nak tulis pasal macam mana boleh kapel dengan mamat yang bernama Mr.A nie. Oke.Masa dia mula2 masok SV (tempat keje lama aku), aku cukup tak berkenan dengan perangai dia. Dah la ari 1st  masok keje,dia boleh sesuka hati je tak datang. Kat tempat keje,memang aku tak berapa tegur dia sangat. Tapi dalam aku tak nak tegur  tu, banyak benda pulak aku kena ajar dia pasal keje. Dan yang membuat aku rapat dengan dia, sebab masa bulan puasa tu, dia ni jadi ‘penyebab’ kami tak puasa. Opsss! Hehe! Tu dulu la.. la ni tak buat dah oke.oke sambung balik. Makin lama aku dengan dia nie macam ada connection je. Ecece.. la..betol..ada sekali tu masa hari raya Aidilfitri 2011 , aku syif  petang, dia pulak syif pagi. So secara automatic sebelom dia habis kerja,aku kena sampai sebelom dia habis. Tup2.. baju kami sama warna pulak hari tu. Hah..nampak tak permainannya di situ..hehe.. Bos masa tu dah tengok kami berdua lain macam.. hah..sudah..boleh pulak bos pikir aku ngan dia nie kapel. Tapi aku wat dunno je. Macam tu gak ngan dia. Oke. Tu satu. Yang kedua pulak, kalau aku tengok jadual pulak..kalau dia malam aku pagi, dia petang aku pagi. Dia petang,aku petang. Boleh dikatakan kami akan bertembung setiap hari sebelom dia atau aku habis syif. So sementara nak tungu syif habis,tak kan aku tengok muka dia, dia tengok muka aku je kann??kan??kan!! so tak dinafikanlah kami ada menyembang jugak. Disebabkan hal nie, aku dengan dia banyak share cite. Cite apa?? Adalah..hehe.. dia banyak bagi nasihat kat aku.. ecece.. kononnya macam nasihat seorang abang kepada seorang adik la. Ermmhh! Padahal dia pon cakap tak serupa bikin! <awak, jangan marah naa..hehe> Dipendekkan cerita, ada satu pagi tu, dia syif malam,aku pulak syif pagi. So sementara tunggu dia habis syif, n masa tu pon hujan.. tengah kami dok potpetpotpet.. dia boleh pulak wat cerita yang dia dah kahwin. Siap ada anak seorang. Ceiihh..nak tipu budak2 tadika boleh la. Hehe. Aku tak percaya pon. Tapi wat2 percaya sebab masa tu pon aku tengah boring. Elok je dia balik, aku dapat emergency kol dari family. Aku teros balik dan tak pergi kerja  selama 3 minggu. Aku mintak berhenti  kat bos, tapi dia tak bagi. So dah habis cuti 3 minggu aku balik kerja kat sana. Semua berjalan macam biasa. Entah macam mana ada 1 hari ni aku, dia ngan staf2 lain dok makan kat café. Tak tau la timbul idea gila dari sorang member nie, dia suruh aku dengan Mr. A pura-pura kapel. Alasannya nak pekena staf café. Sudah.. mau semput jugak aku masa tu. Aku tak setuju. Tapi entah macam mana Mr. A boleh pulak bersetuju. Aissh! Tak tau la apa dalam kepala otak dia masa tu. Yang paling aku ingat, masa aku dengan dia lepak makan kat café,dia tanya aku, ada kemungkinan tak kami akan kapel betol2. Aku gelak and cakap takkan kapel punya sebab dia bukan jenis laki yang aku minat. Dan dia pon cakap dia tak akan suka perempuan yang kasaq macam aku nie.sebab dia suka perempuan yang jenis lemah lembut. Cakap slow2.Hehe..topik tu stop kat ctu je .Diringkaskan akhirnya aku dengan Mr. A ni berlakon jadi skandal kat SV tu. Yang aku tak boleh terima, tak tau kenapa semua staf boleh percaya hidup2 aku dengan dia nie kapel.Dari berlakon. Last2 jadi kapel sungguh. Yang aku pelik nye, kami tak pernah mesej atau kol nombor masing2. Aku takda nombor dia, dia pon tak ada nombor aku. Walaupun berlakon skandal sekalipun, kami tak pernah langsung contact. Sekali pon  tak. Entah macam mana aku boleh terima entah.Dia dapat nombor aku pon lepas 2 minggu kami kapel betol2. Pelik kan??Nak dijadikan cite ada la 2 3 bulan yang lepas aku suruh dia jawab jujur. Rupa-rupanya dia setuju skandal bagai tu, sebab dia memang ada hati kat aku dari awal2 lagi. Auuww.. rasa macam sweet pulak. Patutla dia ni suka over masa kami berlakon skandal tu. Konon tak suka perempuan yang kasar2. Last2 leh pulak syok kat aku kan..Hehe. Tapi apa2 pun aku bersyukur ada dia dan aku hargai sangat2 semua benda2 nie. Aku anggap semua ni jodoh bagi aku dan dia..Alhamdulillah walaupun hubungan kami masih baru lagi, baru setahun lebih, tapi kami dah paham sangat dengan perangai masing2. The End. Hehe. Habis da. Nak online Fb la. Bye2 blog! (^_^)

Continue Reading...

Tuesday, November 8, 2011

Kucing oh kucing!

Kucing. Comel ke? oke. memang comel sikit la. Tak bnyak pon. Comel lagi bantal busuk Sal yang dah bertukar warna tu. Hehe. Oke. Kenapa entry kali nie pasal kucing???y???y???y???weh da la! z xde ke??Sal sebenarnya anti sikit dengan kucing nie. Sebab masa kecik2 dulu, muka sal yang xberapa nak comel nie kene cakar dengan cik miau nie. Masa tu, rasa sayang yang meluap2 kat kucing tu, dah jadik rasa takut yang membuak2! ye la. Berdarah jugak muka masa tu. So, releven la kalau sal anti sikit dengan kucing kan?Nak dijadikan cerita. Hari tu pegi la rumah member sorang nie. Dia memang pernah cerita yang rumah dia ada kucing. Tapi memang tak dijangkakan yang kucing tu boleh pulak cuba bermanja2 dengan den! oh! tidak sama sekali! Tapi masa tu takkan nak menjerit kan?? so Sal memang masih control ayu. cool2! Nampak je kucing tu dekat, rasa nak menjerit pon ada. Tapi tak kan kot. Ko tak buat kan sal?? tak kan?? eh! mesti lah tak! tak kan nak jatuh saham kan?hehe.

Lebih kurang macam nie la
reaksi aku.

Tapi nasib la member nie nampak kucing nie cuba mengorat sal. Hah! taw pon kau takot kucing kau ngorat ye! haha! macam tu la ceritanya. Kalau dengan kucing nie memang teman lemah bebenor. Tak tau apa cara nak bagi hilang penyakit anti kucing nie. Ah! kalau pompuan laen pikat guyz dengan sifat penyayangnya pada kucing, Sal tak akan sama sekali lakukan benda tu! sebab saya tak nak hipokrit! Done!




Continue Reading...

Wednesday, October 5, 2011

Tanda-Tanda lelaki Curang


1.       Kalau dulu selalu call atau mesej, tapi tiba2 semua tu dah kurang. Baik korang siasat.
2.       Kalau dulu, kita boleh cek fon dia, tapi sekarang dia bagi alasan : “Ini privasi saya. Jangan kacau”.
3.       Kalau dulu asal kita ajak jumpa, sure dia yang beria-ia setuju, tapi sekarang “ Sori lah. Saya sibuk skit sekarang”
4.       Kalau dulu anytime kita boleh call, tapi sekarang “ Boleh tak jangan call kalau saya tak suruh call”.
5.       Kalau dulu dia buat salah, dia mintak maaf. Tapi sekarang “Saya tak bersalah. Buat apa nak mintak maaf”.
6.       Kalau dulu selalu cakap say I love you. Tapi sekarang “Berapa bnyak kali nak cakap saya love awak. Takkan tak paham2 lagi”.
7.       Kalau dulu tak pernah nak banding2kan korang dengan perempuan laen. Tapi sekarang “Hei boleh tak awak jadi sporting macam C”
8.       Kalau dulu korang pakai apa pon tak kisah. Tapi sekarang “ Kenapa awak selalu selekeh. Tak up to date la”
9.       Kalau dulu ada function apa2 mesti heret korang. Tapi sekarang “Tak payah lah. Saya pergi dengan kawan2 je.”
10.   Kalau dulu sentiasa risau keselamatan korang. Tapi sekarang “Oh, pergi je lah”
11.   Kalau dulu saya tak kan tinggalkan awak. Tapi sekarang “Jangan lah nak berharap sangat. Kita muda lagi”.
12.   Kalau dulu marah macam mana pon mesti dia tak akan cakap “PUTUS”. Tapi sekarang “Kalau nak putus, putus lah. Ada saya kisah?”
13.   Kalau dulu burfday korang dia yang wish dulu, Tapi sekarang “ Saya terlupa burfday awak hari nie”.
14.   Kalau dulu selalu senyum jumpa korang n mesti nak stay lama2. Tapi sekarang “Saya nak cepat. Cakap je apa yang penting” sambil buat muka serius.
15.   Kalau dulu diorang sentiasa flash back kisah cinta korang. Tapi sekarang “ntah lah. Saya pon tak ingat. Penting sangat ke??”

Oke nie saja lah yang dapat aku share. Tapi ada jugak sesetngah perkara tu dia berubah sebab sibuk bekerja. So korang kene pertimbangkan lah tanda2 tu. Aku tak cakap semua tanda2 nie confirm diorang curang. Tapi hanya berkemungkinan saja. Di ulang, BERKEMUNGKINAN SAJA. Semua di atas adalah pemerhatian aku terhadap diri sendiri, kawan2 dan orang sekeliling. (^_^)



Continue Reading...

Sunday, August 21, 2011

20 Tips buat lelaki jadi setia dekat korang.


  • Lelaki akan setia bila kita sendiri setia dekat dia.
  • Lelaki tak suka dikongkong. Oleh itu, pompuan perlu bagi kebebasan kepada bf korang.
  • Sentiasa berpenampilan menarik, agar bf korang tak pandang orang laen dah.
  • Sentiasa menjaga hati diorang.
  • Sentiasa bercakap lembut dengan diorang walaupun dah bertahun kenal.
  • Sentiasa mendengar masalah diorang.
  • Sentiasa mengingati hari penting diorang.
  • Sentiasa memahami keadaan diorang.
  • Jangan terlalu banyak meminta benda yang diorang tak mampu bagi.
  • Jangan membandingkan bf korang dengan lelaki laen. Tak kira la lelaki laen tu    adalah artis sekalipun.
  • Sentiasa menjaga adab di hadapan bf korang.
  • Menghormati keluarga bf korang.
  • Mengambil berat pasal diorang.
  • Setiap malam, pastikan korang cakap “I love u”
  • Jangan ungkit kisah lama bf korang dengan awek dia dulu. Benda nie boleh buatkan bf korang teringat kenangan dia dengan pompuan tu.
  • Jangan merendahkan bf korang. Nanti diorang akan rasa tercabar.
  •  Sentiasa bagi semangat dekat bf korang kalau dia ada masalah.
  • Jangan tambah masalah kalau korang tengah bergadoh.
  • Jangan selalu menuduh diorang di atas sesuatu benda yang diorang tak buat.
  • Akhir sekali, jadi diri sendiri. Tak perlu hipokrit untuk menjadi perempuan yang sempurna.




Continue Reading...

Hint Perempuan Untuk Lelaki Yang Diorang Suka

Kepada kaum lelaki, mesti korang confuse kan. Macam mana eh nak tawu pompuan suka kat korang ke tak? Meh sini aku bagi tawu. Tapi nie sekadar dari pemerhatian aku la oke? Kalo salah, mintak ampun ye.

  • .       Apabila korang pandang pada perempuan tersebut, perempuan akan tertunduk malu.

-          Perempuan nie memang terkenal dengan sifat pemalu. Tetapi sekiranya perempuan itu memang terkenal dengan perangai yang ‘havoc’, tetapi kalau korang pandang mesti perempuan tu blushing ataupun malu2.

  • .       Perempuan cuba menarik perhatian lelaki.

-          Apabila perempuan tu rasa diri dye tak menonjol, maka perempuan akan cuba menarik perhatian korang dengan gelak kuat2 ataupun selalu berulang alik di hadapan korang.

  • .       Diorang akan ketawa bila korang  buat lawak walaupun lawak korang  tah pa pe.

-          Kalo korang tengok perempuan tu ketawa bersungguh2 bila korang buat lawak bodoh, maka korang kene paham la dye ada menaruh hati kepada anda.

  • .       Diorang akan menjeling sekiranya terdapat pompuan laen yang menegur atau tersengih kepada anda.

-          Korang try test pompuan yang korang minat tu. Korang buat2 mesra dengan pompuan laen. Confirm diorang akan menjeling tahap maksimum kat korang. Sah diorang minat jugak kat korang.

  • .       Diorang akan sentiasa tersenyum sekiranya korang pandang kat diorang.

-          Pompuan nie kalo minat kat lelaki tu, diorang mesti akan buat muka manis je depan orang yang diorang minat tu.

  • .       Diorang sengaja buat2 mesra dengan lelaki laen.

-          Hah kalau dekat tips no 4 tu aku soh test diorang, tips ke 6 nie pulak diorang akan test korang jugak. Kalo diorang tengok muka korang berubah, pompuan nie akan segera blah daripda lelaki tu. Hehe.

  • .       Diorang sanggup reply mesej atau call korang tak kira lah pukul berapa pun.

-          Kalau diorang nie suka, for sure la diorang akan sentiasa bersedia sekiranya korang perlukan diorang bila-bila masa. Korang call la atau mesej la pukul berapa pon, mesti dirang akan angkat call atau pun reply mesej korang.

Sebenarnya banyak lagi hint perempuan akan bagi dekat lelaki. Tetapi aku rasa cukup lah kot. 7 hint nie pon dah boleh buktikan diorang suka dekat korang.  So kepada lelaki, hargai lah perempuan kalo diorang dah bagi hint macam tu. Jangan korang maen2 kan diorang pulak. Oke.  Dipetik dari lirik lagu Nashrin “Fobia Cinta’’ _ “Manusia yang kata, cintai mereka” (^_^) [peace!]



Continue Reading...

Friday, August 19, 2011

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA





Saya sudah ikot entry ini. (^_^)



Continue Reading...

Thursday, August 11, 2011

Background baru. Help me!

Hye olls! aku baru je create background baru. Tapi masalahnya aku xreti nak adjust gadgets yang ada. Semua jadi berterabur. sape2 boleh x tolong aku? Help me! Help! help! argh! over la kau. Kalo korang ada pendapat macam mana nak repair blog aku nie, please tolong! hah, dah tahap kritikal. Dah lama jugak aku x update benda alah nie. xde masa la. skang nie tgah bz keje. Harap2 lah aku keje xlama. Sebb x sabar2 nak sambong belajar. Crawling to death nak blaja. cyes! tgok la muka aku klau xpercaya. hehe. sah over gler minah nie. ade aku kisah?hehe. dah tukar background ni semakin bersemangat nak menaip. untuk next entry aku nak citekan pasal something yg aku sedang plan. Hope berjaya. Kalo success dengan kadar mie segera aku akan update entry tersebut. Hoping that's thing is going be happen. Waiting for that time!
Continue Reading...

Friday, May 6, 2011

IPTA

y i tulis entry pasal IPTA kali nie? well sbb adik i dpat masok uitm. huh kalau d tnya jeles ke x. for surely la i jeles. apa lagi i bleh buat, senyum je. poli pon jadi la. tu la sal, dlu ada peluang xnak blaja.well bagus jgak la dye dapat uitm. sekurang-kurangnya dye bleh bdikari. well my siblings yg laen semua student politeknik je. so parents i mang epy ble dpat keputusan tu. tharu tgok diorg tersenyum. so i decide, utk diploma i akan sambung ke UITM! that's my decision!
Continue Reading...
 

Sal Sharudin Copyright © 2009 Girlymagz is Designed by Bie Girl Vector by Ipietoon