Hari nie nenda tcinta telah pergi menghadap Ilahi. Xsempat untuk ku menjaganya disaat akhir. Ya Allah Kau tempatkan lah nenda ku dikalangan org2 yg beriman. mengalir air mataku mengingati saat2 bersama nenda tercinta. sungguh beliau adalah nenda yg paling kusayangi. kerana aku tgal dengannya sejak kecil lagi. satu permintaan yg selalu nenda katakan "blajar elok2, besar nti jadi guru"..aku pernah berjanji untuk memberinya kesenangan pabila besar.tp syg aku xsempat menunaikannya. Menitik lagi air mataku. teringat kembali semasa kecil aku. setiapkali nenda pulang dari pasar pagi, pasti nenda akan membelikan sesuatu buatku.mak pernah cakap disebabkan sepupu2 ku ramai, nenda mesti menyimpan makanan buat aku. air mata..jagnlah kau mengalir. Ku imbas pula saat2 ku menjaganya di hospital. sungguh org laen akan memikirkan penatnya jaga nenda ku. da la nak keje, pastu balik jaga sampai pg. Sumpah! aku xpernah penat. malah aku merasakan itu xmencukupi utk membalas jasa nendaku menjagaku dan keluarga. xdapat kugantikan jasa nenda menjaga bondaku yg tcinta. aku tidak penat melayan keletahnya. aku senang mendengarnya bercakap. senang melihatnya tidur dengan nyenyak. tp ak xtahan melihat penderitaan yg ditanggung nenda. kalo dlu nenda seorang yang lincah. tp sejak tlantar sakit, nenda xdapat bergerak. Ya Allah cepatnya Kau mengambil nyawa nendaku tercinta. Ku putarkan kembali hari yang sama pada hari kematiannya. Tepat pukul 7.30 Acu<pak cik> kol. menyatakan nendaku sedang sakit tenat. aku menyangkakan nenda ku sakit kembali seperti dlu. ku khabarkan kpd keluargaku. Ya Allah mengapa aku xtpikir utk pulang lebih awal menjenguk nenda. aku paling dekat. Bodohnya aku! keluargaku datang mengambil aku untuk menjenguk nenda. sebelum sampai ke Gua Tempurung, telefon bonda berdering. Ya Allah!!!! bondaku menjerit. mengalir air mata bondaku! sungguh aku xtahan melihat bonda. Air mata kenapa kau xnak mengalir saat ini. Aku rasakan air mataku kering pada waktu tu. jenuh aku menenangkan bonda tersayang. Air mata menyesal mula mengalir. sesampainya di kg, Ya Allah kenapa aku tidak diberikan peluang utk menjaganya skali lg. Nenda ku telah pergi utk selamanya. ku kucup pipinya sepuas2. sebagai tanda perpisahan terakhir. ku tenung wjahnya.. Oh cantiknya nendaku. Kelihatan berseri-seri dan bersih. Ya Allah kuatkan hatiku. Nenda sungguh andai diberi peluang, biarlah aku yang menjagamu sepanjang masa. supaya aku dapat menerima pertemuan kita yang singkat telah berakhir. Nenda akan ku simpan kenangan kita. Nenda, cucu mu ini amat merindui mu. nenda..cucu mu akan sentiasa merasa menyesal kerana tidak bertemu denganmu pada saat2 akhir. hanya selepas nafasmu terhenti,kedatanganku tidak memberi makna. Nenda damaila mu di sana. Al - Fatihah buat Nenda.
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
Ar-rahmâni r-rahîm
Mâliki yawmi d-dîn
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn.
Amin.
0 juta org sedang senyum:
Post a Comment